Friday, May 17, 2024

Hutang

Tiada siapa mahu berhutang. Seboleh-bolehnya nak hidup bebas hutang dan tanpa hutang. 

Kita tak boleh lari dari berhutang. Waima hutang kecil sekalipun. 

Pinjam duit kawan, berhutang. Tapi jangan buruk siku lambat-lambatkan pembayaran hutang. 

Jangan sampai kawan itu menuntut hutangnya.

Rata-rata aku jumpa kebanyakkan si pemberi hutang ni pula menagih simpati menuntut hutangnya. 

Bila menuntut, kena marah pula dari peminjam.

Ah sudah. Dunia sudah terbalik.

Kalau korang dapat orang macam ni, korang buat apa?

Jangan beri pinjam lagi pada orang macam ni.

Orang macam ni dikira tidak amanah, tidak jujur dan tidak menepati janji. 

Buat apa berikan pinjaman orang begini. 

Demikianlah cerita hutang